
"Suami mithali idaman isteri"....Berusahalah ..bersungguh-sungguh lah mencari redha ilahi ...perbaiki lah kelemahan kita..sama2 berjuang wahai lelaki agar dirimu lebih berharga berlandaskan agama...walau sukar tapi cuba dan iktiarlah..moga kemenangan bersamamu wahai MUJAHID SEJATI ..SUAMI MITHALI
Sebagai lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang Suami mithali?..
Rasanya hampir semua pernah dan ingin menjadi seperti itu kan ...Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua .....disayangi isteri, dihormati anak-anak, dijadikan tempat rujukan keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?
Namun berusahalah menjadi lelaki yang yang mithali ..yang baik akhlaknya..suami yang menyejuk mata isteri .... suami yang menjadi contoh dan perjuang islam...Jika anda inginkan pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang mithali...insyaallah akan ada win-win situation dengan izin ALLAH...
Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya ....mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.
Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda.

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik...dan berusaha sedaya upaya... Tanpa berniat..berusaha dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.
2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?
22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. nasihatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat.

..WALLAHUA'LAM..
(^__^)
..BISMILLAHI TAWAKKAL TUA'LALLAH..




